Senin, 02 Januari 2012

Hadits Sekitar Sholat


1.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Sholat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada sholat bersendirian dengan 27x derajat" H.R.Bukhari dan Muslim
2.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang sholat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian sholat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" H.R.Tarmizi
3.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berjalan untuk sholat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk sholat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" H.R.Attabrani
4.    Rasulullah s.a.w bersabda : "2 rakaat sholat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi
5.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang sholat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka" H.R.Attabrani
6.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk sholat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani
7.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang tetap mengerjakan sholat sunat sebelum dan selepas dhuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka H.R.Abu Daud & Tarmizi
8.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" H.R.Muslim
9.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan sholat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" H.R.Bukhari
10.  Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang sholat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) ½  malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan sholat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh).  H.R.Muslim & Ahmad
11.  Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari sholatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya" H.R.Muslim
12.  Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala  kaldai" H.R.Sahih Muslim
13.  Rasullulah s.a.w bersabda : "Sholat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70x sholat tanpa siwak" H.R.Zanjawaih & Hakim
14.  Rasullulah s.a.w bersabda : "Sholat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x sholat yang tidak memakai serban dan sholat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban" H.R.Ibn'Asakir
15.  Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sholat padanya, selagi ia tidak berhadas" H.R.Bukhari & Muslim
16.  Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu  membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, niscaya diampunkan dosanya yang telah lalu" H.R.Bukhari & Muslim
17.  Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sholat pada shaf yang pertama" H.R. Ahmad & Abu Daud
18.  Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat" H.R.Abu Dawud
19.  Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang meninggalkan sholat dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan" H.R.Attabrani


Tidak ada komentar:

Posting Komentar